Comel, Kau Pergi Untuk Selama-Lamanya :'(




Assalamualaikum

Today, aku nak share satu cerita sedih. Benda nie yang aku alami sekarang. Mana tak sedihnya kucing kesayangan aku mati.

Lima tahun kami sekeluarga jaga & sayang dia macam adik-beradik. Mula-mula dia lahir kitaorang beli dia dengan kawan aku.

Kebetulan kelmarin, semua adik-beradik aku balik. Dia orang semua sedih. Balik-balik tengok Si Comel terlantar sakit, keadaan dia memang nazak. Dia tak makan & minum pun hari tuu. Risau kitaorang tauu!

Petang tuu juga Si Comel melepaskan nafas yang terakhir. Aku terkejut gila bila kakak aku cakap Comel dah takde. Aku pergi jenguk dan memang betul Si Comel dah takde. Hancur luluh hati aku.

Masa tu mak aku ajak aku dengan kakak aku pergi kebumikan Si Comel kat belakang rumah. Sedih hati aku hanya Tuhan yang tahu. Dan masa tu jugaklah airmataku menitis. Aku sayang dia sangat-sangat!

Segala kenangan aku dan comel tak akan pernah aku lupakan. Semoga dia tenang disana. Walaupun Si Comel tu hanyalah seekor kucing, tapi dia sangat bermakna untuk aku.

Setakat nie je aku boleh cerita. Makin panjang aku tulis makin deras airmata aku keluar :'( Ok babai!


Si Comel
9 Februari 2013 :)

3 comments:

Unknown said...

kesian comel.. huhu..cantik ekor dia.. tak apa yg hidup akan pergi nnt cr yg lain..tak sama pun asalkan ada pengganti

Nabilah Hashim said...

Tu lah kesian dia. Thanks :) Belum dpt cri pengganti lagi.

Unknown said...

cantik ekor dia.. tabah k... kucing amal pun mati sekor sebab duduk kat atas tayar.. tapi time tu kucing tu amal dah bagi orang