I'm back!



Assalamualaikum.

Dah lama en aku tak update blog? Dah dekat setengah tahun kut hihihi. Semua sihat ke? Followers meningkat ke? Haha dah macam takde soalan lain yang boleh aku tanya LOL

Semenjak, dua menjak, tiga menjak nii en aku malas nak social networking macam dulu. Sebab tak cukup masa  kot. Yelaa, dulu time form 3 orang cakap, form 4 tahun honeymoon. Errr hotakk luu. Kayy maaf jika kasar sikit :3 Rasanya makin banyak study kot plus aku ni budak sains.

Malam nii tetiba je rasa rajin menjelma. HAAHAHAHAHA penangan apakah ini? Kayy, stop it plisss! Aku taknak dipanggil 'gila' sebab meroyan dekat blog. Cuma nak cakap aku rindu blogging macam dulu. RINDU. InsyaALLAH, kalau panjang umur, aku update lagi yee dengan entry yang lebih berfaedah untuk tatapan semua.

Goodnight world ><


Hello!




Assalamualaikum

Dah lama Nabilah tak update blog kan? Berhabuk dah blog ni tak sempat nak 'caro' haha. Al maklumlah kan, aku ni  budak sekolah, busy. Lagipun tahun ni PMR. Sekarang aku dah boleh  berblog balikk seperti dahulu kala sebab exam dah lepas & sekarang cuti sekolah. I'm freedommmmmm *seronok sakan kau eh, form 4 bukan honeymoon.*

Tak tahu ah nak update ape. Idea takde ni. Korang tolong la bagi idea sikit. Jangan kedekut tau! Tak baik untuk kesihatan. Hahaha okay aku tahu tak lawak -.-

Lepas je exam aku teroihh datang kl. Datang enjoy kat sini XD. You all buat apa ah cuti sekolah ni? Kerja or goyang kaki jee kat rumah? Ada lerr beberapa orang kawan aku ni cakap nak cari kerja time cuti ni. *ada ke orang nak amik pekerja berumur 15 tahun? err lantak diorang lah*

For me, better duduk rumah jela. Gemukkan badan yang macam body semut ni. Orang kata kurus kering. Hahaha.  Setakat ni aku dah pergi cuti cuti Malaysia kat kl & pulau pangkor. Huyoooo best gila! Release tension derr.

Result PMR pulak keluar tengah bulan 12 nanti. Perasaan aku excited nak tahu & seram pun ade jugak. Apa pun keputusannya aku terima dengan hati yang terbuka, InsyaALLAH sebab ni usaha aku selama ni. Takde tiru tiru okay 

1 Disember 2013 ni aku akan pulang ke rumahku syurgakuu di negeri Cik Siti Wan Kembang. Dah sampai sana nanti, boleh la slow slow shopping barang sekolah ^_^ . Em I think sampai sini jela aku mengarang berjela jela ni. Bukan seluruh dunia nak baca pun hehe. 

By the way, sesiapa yang baca post aku yang tak menarik sangat ni thanks eh :) aku bukan seorang blogger yang tegar, biasa biasa aja! ayat pun tak power alah mane. 

Jangan lupa jaga diri, jaga iman, jaga maruah dan jaga segala galanya. Assalamualaikum! :*


Comel, Kau Pergi Untuk Selama-Lamanya :'(




Assalamualaikum

Today, aku nak share satu cerita sedih. Benda nie yang aku alami sekarang. Mana tak sedihnya kucing kesayangan aku mati.

Lima tahun kami sekeluarga jaga & sayang dia macam adik-beradik. Mula-mula dia lahir kitaorang beli dia dengan kawan aku.

Kebetulan kelmarin, semua adik-beradik aku balik. Dia orang semua sedih. Balik-balik tengok Si Comel terlantar sakit, keadaan dia memang nazak. Dia tak makan & minum pun hari tuu. Risau kitaorang tauu!

Petang tuu juga Si Comel melepaskan nafas yang terakhir. Aku terkejut gila bila kakak aku cakap Comel dah takde. Aku pergi jenguk dan memang betul Si Comel dah takde. Hancur luluh hati aku.

Masa tu mak aku ajak aku dengan kakak aku pergi kebumikan Si Comel kat belakang rumah. Sedih hati aku hanya Tuhan yang tahu. Dan masa tu jugaklah airmataku menitis. Aku sayang dia sangat-sangat!

Segala kenangan aku dan comel tak akan pernah aku lupakan. Semoga dia tenang disana. Walaupun Si Comel tu hanyalah seekor kucing, tapi dia sangat bermakna untuk aku.

Setakat nie je aku boleh cerita. Makin panjang aku tulis makin deras airmata aku keluar :'( Ok babai!


Si Comel
9 Februari 2013 :)