Hello!




Assalamualaikum

Dah lama Nabilah tak update blog kan? Berhabuk dah blog ni tak sempat nak 'caro' haha. Al maklumlah kan, aku ni  budak sekolah, busy. Lagipun tahun ni PMR. Sekarang aku dah boleh  berblog balikk seperti dahulu kala sebab exam dah lepas & sekarang cuti sekolah. I'm freedommmmmm *seronok sakan kau eh, form 4 bukan honeymoon.*

Tak tahu ah nak update ape. Idea takde ni. Korang tolong la bagi idea sikit. Jangan kedekut tau! Tak baik untuk kesihatan. Hahaha okay aku tahu tak lawak -.-

Lepas je exam aku teroihh datang kl. Datang enjoy kat sini XD. You all buat apa ah cuti sekolah ni? Kerja or goyang kaki jee kat rumah? Ada lerr beberapa orang kawan aku ni cakap nak cari kerja time cuti ni. *ada ke orang nak amik pekerja berumur 15 tahun? err lantak diorang lah*

For me, better duduk rumah jela. Gemukkan badan yang macam body semut ni. Orang kata kurus kering. Hahaha.  Setakat ni aku dah pergi cuti cuti Malaysia kat kl & pulau pangkor. Huyoooo best gila! Release tension derr.

Result PMR pulak keluar tengah bulan 12 nanti. Perasaan aku excited nak tahu & seram pun ade jugak. Apa pun keputusannya aku terima dengan hati yang terbuka, InsyaALLAH sebab ni usaha aku selama ni. Takde tiru tiru okay 

1 Disember 2013 ni aku akan pulang ke rumahku syurgakuu di negeri Cik Siti Wan Kembang. Dah sampai sana nanti, boleh la slow slow shopping barang sekolah ^_^ . Em I think sampai sini jela aku mengarang berjela jela ni. Bukan seluruh dunia nak baca pun hehe. 

By the way, sesiapa yang baca post aku yang tak menarik sangat ni thanks eh :) aku bukan seorang blogger yang tegar, biasa biasa aja! ayat pun tak power alah mane. 

Jangan lupa jaga diri, jaga iman, jaga maruah dan jaga segala galanya. Assalamualaikum! :*


No comments: